Pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi aplikasi yang saya gunakan di dalam sesi pembelajaran di dalam kelas saya. Aplikasi ini diberi nama "Decision Roulette".
Aplikasi Decision Roulette ini merupakan aplikasi versi android yang
boleh didapati melalui Playstore. Ia adalah permainan kuiz berbentuk
putaran (spinner) untuk menentukan soalan yang bakal dikemukakan, nama
murid yang bakal menjawab soalan, ganjaran, dan sebagainya. Apabila
butang ‘spin’ ditekan aplikasi ini akan menentukan pilihan berkenaan
sebaik-baik sahaja roda dihentikan.
Guru boleh mengolah pelbagai soalan atau apa-apa sahaja yang boleh
dibina bersesuaian dengan PdPc mereka menggunakan aplikasi ini. Untuk
memainkannya di dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik mirror screen
pada telefon pintar mereka untuk memaparkannya pada layar skrin LCD.
Aplikasi ini saya gunakan untuk memilih murid secara rawak bagi menjawab soalan-soalan yang saya sediakan selepas tamat sesuatu topik. Dengan menggunakan aplikasi ini, ia memudahkan saya untuk memiloh murid. Dengan hanya satu sentuhan di butang tengah, aplikasi ini akan berpusing dan berhenti hanya pada satu nama sahaja. Setelah nama murid tersebut terpilih, nama murid tersebut akan dikeluarkan secara automatik daripada roda putaran tersebut. Oleh itu, tiada murid yang dipilih secara dua kali atau lebih.
Disebabkan aplikasi ini adalah aplikasi android atau telefon pintar, maka satu alat yang perlu digunakan untuk memancarkan aplikasi ini ke LCD projektor atau TV ialah "Mirroring Device". Terdapat pelbagai mirroring device dipasaran. Antaranya ialah :
1) Screenbeam
2) Anycast
Sangat menarik..👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. In shaa Allah saya akan guna untuk menarik minat anak2 supaya mereka lebih teruja untuk belajar ilmu baru. Terima kasih banyak
ReplyDelete